Disney+ Hotstar pada minggu ini telah menyiarkan episod keempat untuk siri Moon Knight, dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Moon Knight Episod 1-4 – Watak Gila Dengan Cerita Yang Best Gila.

Kini, anda juga boleh menjadi Moon Knight sekurang-kurangnya di dalam permainan Fortnite, di mana kostum Moon Knight kini ditawarkan di dalam permainan tersebut dengan harga 1500 V-Bucks untuk kostum sahaja yang menyertakan tiga variasi iaitu Moon Knight, Moon Knight dengan mantel dan Mr Knight.

Selain itu, pemain juga boleh dapatkan Crescent Darts iaitu senjata yang digunakan oleh Moon Knight, ia boleh didapat secara berasingan dengan harga 500 V-Bucks. Seperti biasa, tawaran ini adalah untuk masa terhad sahaja.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini