DualSense Kini Boleh Dikemaskini Secara Terus Menggunakan PC

DualSense walaupun merupakan alat kawalan yang khusus untuk PlayStation 5 akan tetapi ia juga boleh digunakan di PC, dan sesetengah permainan juga menyokong fungsi-fungsi yang hadir melalui DualSense seperti getaran haptik dan picu penyesuai menjadikan ia antara pilihan yang baik untuk pemain di PC.

Namun, satu perkara yang sedikit menyusahkan adalah cara untuk mengemaskini DualSense tersebut, sebelum ini ia mesti disambungkan kepada PS5. Melalui aplikasi baharu yang dilancarkan oleh PlayStation iaitu ‘Firmware updater for DualSense wireless controller’, kemaskini boleh dilakukan secara terus melalui PC.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut, yang boleh didapatkan melalui pautan ini, menyambung DualSense ke PC menggunakan kabel USB dan ikut proses di aplikasi tersebut.

Sohor Kini