Bandai Namco telah mengumumkan Digimon Survive sejak tahun 2018 lagi dengan ia sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2019, sebelum ditunda ke tahun 2020, ke tahun 2021 dan kini akhirnya mereka mengumumkan ia akan tiba pada 29 Julai 2022.

Anda boleh tonton perkongsian terbaru oleh penerbit Kazumasa Habu di bawah.

Digimon Survive akan memfokuskan penceritaan dengan pelbagai pengakhiran. Setiap jalan penceritaan permainan ini juga berkait rapat dengan pilihan yang dilakukan oleh pemain. Pilihan pemain tersebut juga akan memberi kesan terhadap evolusi Digimon tersebut.

Dari segi bentuk permainan pula, ia memfokuskan bentuk strategi secara turutan dan Digimon juga berupaya untuk digivolve semasa pertempuran dengan melakukan sebilangan tugasan.

Ia diumumkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC serta boleh dimainkan juga di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini