Paradox Interactive telah mengumumkan yang Shadowrun Trilogy akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch pada 21 Jun 2022. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Shadowrun Trilogy merupakan permainan aksi strategi dan menyertakan tiga permainan Shadowrun yang dibangunkan oleh Harebrained Schemes iaitu Shadowrun: Returns (2013), Shadowrun: Dragonfall (2014) dan Shadowrun: Hong Kong (2015).

Bagi versi konsol ini, ia akan menerima pelbagai penambah-baikkan dari segi grafik dan juga kawalan untuk membolehkan ia dimainkan menggunakan alat kawalan dengan baik seperti menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Setiap permainan juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga $19.99, manakala Shadowrun Trilogy boleh di pra-tempah dengan harga $29.99 iaitu potongan harga 25%. Buat masa ini, ia masih tidak ditawarkan di PS Store. Ia juga sudah dikeluarkan untuk PC.

Sohor Kini