Sonic Origins merupakan koleksi permainan klasik Sonic yang ditambah-baik, ia akan menyertakan Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog 2, Sonic 3 & Knuckles dan Sonic CD.

Minggu ini, SEGA telah mengumumkan yang Sonic Origins akan dikeluarkan pada 23 Jun 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Steam dan juga Epic.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Sonic Origins akan dilancarkan dengan beberapa versi, iaitu Edisi Biasa, Edisi Premium Fun Pack, Edisi Classic Music Pack dan Edisi Digital Deluxe Edition. Setiap daripadanya akan menyertakan penambahan yang berlainan yang anda boleh lihat melalui gambar rajah di bawah.

Bagi sesi pra-tempahan buat masa ini hanya edisi Biasa yang ditawarkan dengan harga RM149 dan edisi Deluxe Edition dengan harga RM169. Mereka juga mengumumkan permainan ini untuk Nintendo Switch akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

Sohor Kini