Ubisoft telah mengumumkan yang permainan menembak mereka Tom Clancy’s Rainbow Six Siege telah menerima Emerald Plains iaitu peta baharu buat pertama kali sejak 3 tahun lepas. Ia kini sudah boleh dimainkan di semua platform.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Peta baharu ini mengambil Ireland Utara sebagai latar tempat iaitu sebuah kawasan ladang dan juga country club. Ia mempunyai rekaan lantain yang berbeza untuk di tingkat bawah dan juga di tingkat atas untuk memberikan gambaran yang lebih jelas semasa bermain.

Emerald Plain disertakan bersama dengan musim baharu iaitu musim pertama untuk tahun 7, Demon Vail yang menyertakan operator baharu Azami.

Selain itu, Ubisoft juga telah berkongsi perancangan mereka untuk kandungan-kandungan yang akan tiba sepanjang tahun 7 untuk permainan ini. Antara yang dinyatakan adalah ia akan menerima operator dari Belgium, Singapura dan Colombia.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini