Blizzard telah mengumumkan yang permainan MMO, World of Warcraft Classic akan menerima penambahan Wrath of the Lich King sekitar tahun ini. Ia adalah penambahan yang dikeluarkan pada tahun 2008 yang akan ditambah-baik untuk versi klasik ini.

Melalui penambahan ini, pemain boleh memulakan pengembaraan mereka di antara dua kawasan iaitu Northrend-Borean Tundra ataupun Howling Fjord sebelum melawan Lich King. Bermula pada tahap 55, pemain juga boleh menjadi Death Knights.

Pekerjaan baharu juga akan disertakan iaitu Inscription yang memboleh pemain untuk mengubah sihir ataupun kebolehan menggunakan gylphs.

Buat masa ini, mereka tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran dan ia hanya akan diumumkan di masa hadapan tetapi mengesahkan yang ia akan tiba sekitar tahun ini. Sebelum itu, anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Sohor Kini