Skip to main content

Deadline telah melaporkan yang SEGA dan juga dj2 Entertainment yang bekerjasama untuk hadir dengan filem Sonic, akan bersama untuk menghasilkan filem aksi nyata berdasarkan permainan beat ’em up popular iaitu Streets of Rage.

Derek Kolstad yang merupakan pencipta untuk siri John Wick dan juga penulis untuk filem Nobody dikatakan akan menulis bagi adaptasi ini. Beliau juga sebelum ini dilaporkan akan menulis untuk siri aksi nyata Battle Chasers.

Permainan Streets of Rage sudah dikeluarkan sejak tahun 1991 lagi dengan permainan terbaru iaitu Streets of Rage 4 yang dikeluarkan pada tahun 2020.

Leave a Reply