BoBoiBoy adalah animasi tempatan yang dihasilkan oleh Monsta. Siri animasi ini telah berkembang menjadi dua filem, pelbagai musim, mempunyai siri sampingan Papa Pipi dan juga siri sampingan Mechamato. Lebih dahsyat, peminat untuk francais BoBoiBoy ini agak ramai sehinggakan ada yang kerap melakukan teori cerita dan lukisan semula.
Seperti tahun lepas, tahun ini Monsta juga akan hadir dengan iklan Hari Raya untk BoBoiBoy. Kali ini berjudul Kembali Aidilfitri dan ia akan disiarkan pada hari Jumaat ini, 22 April.
Iklan ini sudah pun diacah di laman media sosial mereka. Ia memperlihatkan ciapan BoBoiBoy ingin kembali ke Kota Hilir, iaitu bandar yang diinspirasikan dari Melaka untuk kampung halaman Amato dan Mechamato. Amato adalah bapa kepada BoBoiBoy yang juga adalah hero, muncul kali pertama dalam filem kedua BoBoiBoy dan kisah asal-usul dalam siri animasi.
Apakah yang akan didedahkan dalam iklan Raya ini? Sama-sama kita nantikan.