Crossfire: Legion Akan Dikeluarkan Secara Akses Awal Pada 24 Mei 2022

Prime Matter dan Smilegate telah mengumumkan yang Crossfire: Legion iaitu permainan strategi masa nyata akan dikeluarkan secara akses awal pada 24 Mei 2022 untuk PC melalui Steam.

Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih satu daripada tiga puak iaitu Black List, Global Risk dan New Horizon. Setiap daripadanya akan mempunyai tentera tersendiri yang akan memerlukan strategi berlainan.

Melalui akses awal, pemain boleh bermain bahagian pertama dengan mempunyai 1 mod koperasi dan 2 mod multi-pemain.

Sohor Kini