Activision telah mengumumkan yang Snoop Dogg sebagai operator baharu untuk Call of Duty Vanguard dan juga Call of Duty Warzone. Pemain boleh dapatkan Snoop Dogg secara berasingan ataupun bersama dengan barangan kosmetik lain melalui Tracer Pack: Snoop Dogg Operator Bundle yang ditawarkan dengan harga 2,400 COD Points.
Berikut adalah barangan yang akan disertakan di dalam berkas tersebut.
Snoop Dogg akan disertakan bukan sahaja pada penampilan sahaja, akan tetapi akan turut mempunyai suara, biografi tersendiri dan juga Progression Path yang akan memberikan kosmetik tambahan yang boleh didapatkan dengan menyelesaikan pelbagai misi.
Call of Duty Vanguard dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Warzone adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.