Jason Momoa Akan Berlakon Dalam Filem Aksi Nyata Minecraft

Tidak banyak filem yang diadaptasi daripada permainan video berjaya. Banyak percubaan namun ia sukar menarik perhatian ramai, sebaliknya menerima kritikan. Filem yang berjaya setakat ini adalah Sonic the Hedgehog, Uncharted dan bolehlah Mortal Kombat.

Terkini Warner Bros. dilihat ingin menghasilkan filem aksi nyata Minecraft pula. Pengarah yang dipilih adalah Jared Hess, yang mana tidak banyak filem hebat beliau pernah hasilkan – jadi harapnya ia tidak akan menjadi satu lagi filem Morbius.

Apa yang menarik adalah pelakon utama yang telah disahkan adalah Jason Momoa. Ini memberikan sedikit harapan kepada filem ini dengan penambahan penerbit Dune Mary Parent dan Roy Lee. Penerbit eksekutif pula adalah Jon Berg, Cale Boyter dan Jon Spaihts. Studio milik permainan video Minecraft iaitu Majong turut akan melibatkan diri dengan Lydia Winters sebagai penulis serta Vu Bui sebagai penerbit.

Filem pendek Minecraft aksi nyata dariapda Corridor Crew.

Warner Bros. dikatakan sudah lama cuba menjayakan filem ini dengan sebelum ini pengarah Free Guy, Shawn Levy sebagai calon pengarah awal. Tidak pasti lagi bagaimanakah premis filem ini, adakah manusia masuk dalam dunia Minecraft atau konsep membina sesuatu dengan blok akan berlaku dalam dunia sebenar?

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini