Garena telah mengumumkan yang kejohanan terbesar untuk permainan Free Fire iaitu Free Fire World Series 2022 akan berlangsung pada bulan depan secara luar talian di Sentosa, Singapura. Selepas pelbagai kejohanan sebelum ini, kita akhirnya mendapat senarai untuk pasukan-pasukan yang melayakkan diri.
Terdapat 8 pasukan yang telah menempah tiket ke peringkat akhir untuk kejohanan ini, dan mereka adalah seperti berikut;
Manakala 10 lagi pasukan akan bertempur di peringkat Play-Ins untuk merebut 4 slot ke peringkat akhir menyertai 8 pasukan di atas. Berikut adalah pasukan-pasukan yang terlibat dengan pusingan ini;
Pusingan Play-Ins akan berlangsung pada 14 Mei dengan peringkat akhir akan berlangsung pada 21 Mei. Anda boleh mengikuti aksi kejohanan ini di Youtube rasmi untuk Free Fire.