Musim kedua untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba berakhir pada bulan Februari lepas yang juga menutup penceritaan untuk Entertainment District, di pengakhiran mereka juga telah mengsahkan yang musim ketiga akan memfokuskan kepada Swordsmith Village.

Terbaru, treler untuk musim ketiga telah dikongsi dan anda boleh lihat treler tersebut di bawah.

Pada awal treler, ia mengimbas kembali kejadian-kejadian di musim lepas sebelum memperlihatkan kandungan baharu. Antara yang diperlihatkan adalah Muichiro Tokito dan Mitsuri Kanroji yang merupakan Hashira di dalam Demon Slayer Corp yang akan mempunyai peranan penting di dalam musim ini.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba musim ketiga akan mula disiarkan pada tahun 2023.

Sohor Kini