Seperti kami kongsi-kan sebelum ini, Magic: The Gathering bakal hadir dengan penambahan terbaru iaitu Streets of New Capenna yang akan tiba secara rasmi pada 29 April ini, di mana ia akan menyertakan 281 kad baharu yang memperlihatkan kembalinya kad jenis ‘shard-colored’.

Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai penambahan Streets of New Capenna di pautan ini; Penambahan Baharu Magic: The Gathering Mengambil Inspirasi Daripada Filem Gangster, Streets of New Capenna – Tiba 29 April 2022.

Kami juga berkongsi salah satu kad yang akan disertakan di dalam penambahan ini iaitu Deal Gone Bad.

Wizards of the Coast juga telah berkerjasama dengan artis-artis dari Asia Tenggara untuk hadir dengan Token Treasure untuk setiap keluarga di dalam penambahan ini. Setiap daripadanya mempunyai rekaan unik mengikut artis-artis tersebut.

Artis yang terlibat adalah Fei Giap dari Malaysia, Hongtae Taecholarn dari Thailand, Luis Esteves & Josh Corpuz dari Filipina, Rachta Lin dari Singapura, dan Richard Suwono dari Indonesia.

Token-token ini boleh didapatkan melalui Collector Booster yang boleh didapatkan di mana-mana pengedar rasmi untuk Magic: The Gathering. Anda boleh lihat kad-kad token tersebut di bawah.

Sohor Kini