Selepas penantian untuk sekian lama, kita akhirnya menerima treler pertama untuk Thor: Love and Thunder, namun ia adalah treler acah yang pendek sahaja, tetapi mencukupi untuk memperlihatkan serba sedikit mengenai filem ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Di dalam treler ini, diperlihatkan bagaimana Thor lakonan Chris Hemsworth cuba untuk mendapat semula badan beliau yang sasa, dan telah menyertai Guardians of the Galaxy di dalam pencarian dirinya untuk arah tujuan baharu selepas tidak lagi menjadi Raja kepada Asgard.

Di pengakhiran treler juga diperlihatkan buat pertama kali Jane Foster lakonan Natalie Portman sebagai Lady Thor.

Thor: Love and Thunder diarahkan oleh Taika Watiti dan akan ditayangkan pada 8 Julai 2022 di Malaysia.

Sohor Kini