XSeed Games telah mengumumkan yang No More Heroes 3 akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada akhir tahun ini selepas dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada tahun lepas.

Dibangunkan oleh Grasshoper Manufacture, ia adalah permainan ketiga untuk siri utama No More Heroes, ia adalah permainan aksi pengembaraan dan mengikut watak utama bernama Travis Touchdown.

Pada akhir tahun lepas, Grasshopper Manufacture telah mengumumkan yang mereka menyertai NetEase Games.

Versi untuk konsol dan PC ini akan menyertakan penambah-baikkan grafik berbanding versi Nintendo Switch, mereka juga mengumumkan versi digital untuk PlayStation dan Xbox.

Sohor Kini