Yoodo Alliance-4Rivals Menjuarai PUBG Mobile Pro League MY/SG/PH

PUBG Mobile Professional League Malaysia/Singapura/Filipina Spring 2022 telah berjaya dianjurkan sejak bulan Mac lepas dan berakhir semalam dengan Yoodo Alliance-4Rivals telah menjadi pemenang keseluruhan.

Dengan kemenangan ini mereka membawa pulang hadiah tunai $25 ribu dan $3 ribu selaku juara di peringkat liga. Selain itu, mereka juga diberikan slot untuk ke PMPL SEA Championship Spring 2022 bersama dengan pasukan di tempat kedua dan ketiga iaitu Dingoz Esports dan Farang Lejund.

Yoodo Alliance-4Rivals merupakan pasukan yang baru sahaja dibentuk sebelum bermulanya PMPL ini dengan Yoodo Alliance melepaskan kesemua pemain GriTG Ares dan membentuk pasukan baharu ini. Pencatuan tersebut adalah perkara yang terus memberi kesan positif dengan kejayaan ini.

Tiga pasukan yang berada di kedudukan keempat sehingga keenam akan mendapat slot untuk ke pusingan kelayakan bagi PMPL SEA Championship Spring 2022 iaitu pasukan HomeBois, Genexus dan RSG Malaysia.

Satu-satunya pasukan dari Singapura dan Filipina iaitu ALMGHTY dan KHI Esports berada di kedudukan ke-20 dan 19.

Sohor Kini