Garena telah mengumummkan yang Zizan Razak iaitu pelakon dan juga pelawak terkenal Malaysia akan sekali lagi menjadi duta untuk permainan battle royale mereka iaitu Free Fire melalui kempen
Free Fire untuk Semua” yang bermula sekarang dan berlangsung selama 5 bulan iaitu hingga bulan Ogos 2022.
Melaluinya, Zizan juga akan menjadi pelakon utama untuk filem khas bagi kempen ini. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Free Fire Untuk Semua, ikuti halaman Facebook, YouTube, TikTok dan Instagram rasmi Free Fire Malaysia.
Pada masa sama, Zizan Razak juga akan terlibat dengan kempen bersempena dengan Ramadan iaitu Ramadhan Free Fire yang sedang berlangsung sekarang.
Barisan aktiviti Ramadhan akan dimulakan dengan drop selepas perlawanan “Kumpul Kurma”, acara masa terhad yang akan berlangsung dari 7 malam hingga 7 pagi setiap hari, semasa tempoh berbuka puasa. Sepanjang acara itu, Survivors juga boleh mengumpul sampul “Duit Raya”, yang boleh ditebus untuk barangan bertema Ramadhan seperti skin pet Blooming Falco, serta pet Falco.
Mengiringi acara ini ialah satu siri strim siaran langsung “Berbuka Puasa’ yang berlangsung pada masa yang sama dari 18 hingga – 23 April, di mana pemain dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama dengan pencipta kandungan tempatan seperti berikut;
Setibanya Hari Raya Galore pada 23 April dan Hari Raya pada 3 Mei, pemain juga akan diberikan pelbagai bonus log masuk dan misi di mana mereka akan dapat mengumpul lebih banyak hadiah bertema seperti koleksi-koleksi unik dan emote yang hanya akan tersedia pada dua hari yang sangat istimewa tersebut. Magic Cube yang jarang ditemui juga akan tersedia secara eksklusif pada Hari Raya.
Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.