Hideo Kojima telah mencetus perbualan di media sosial apabila berkongsi gambar PlayStation Studios yang turut menyertakan gambar Death Stranding iaitu permainan yang dibangunkan oleh Kojima Productions yang menyebabkan ura-ura mereka telah diambil alih.

Namun, tidak lama selepas itu, Kojima mengeluarkan satu lagi ciapan yang meminta maaf kerana telah menyebabkan kekeliruan akan tetapi menegaskan yang Kojima Productions akan terus menjadi studio kendiri ataupun independent.

Ini tidak membawa maksud yang PlayStation Studios tidak melakukan sebarang pengambil-alihan, menurut pemberita permainan video Jeff Grubb telah mengatakan yang mereka akan mengumumkan pengambil-alihan baharu tidak lama lagi dan ia adalah studio yang lebih besar berbanding Kojima Productions.

Jeff Grubb sebelum ini juga mengatakan yang Kojima Productions sedang di dalam perbincangan bersama dengan Microsoft untuk permainan seterusnya oleh mereka.

Sohor Kini