Pintu multi-mesta sudah terbuka, ia kini menjadi semakin kecoh dan huru-hara, banyak watak datang bermusuhan dan berlawan antara satu sama sendiri – watak sama varian dari dunia lain, serta watak legenda juga akan muncul dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 4 Mei, iaitu Hari Raya Kedua. Filem ini juga menerima pengkadaran PG13 atau mungkin P13 di Malaysia agar ia sesuai untuk ditonton oleh semua orang. Tarikh tayangan di Malaysia ini adalah antara terawal di dunia.

Tiket akan dijual bermula 20 April ini, bagi mereka yang ingin menyambut Hari Raya Kedua di pawagam – GSC mengumumkan waktu tayangan akan bermula seawal 9 pagi. Jadi kalau rasa sudah selesai bermaafan, bersalam-salaman, makan kuih raya dan makan pelbagai juadah raya – ayuh sama-sama kita serbu panggung untuk jumpa sesama peminat Marvel.

Sohor Kini