Manticore Games pada tahun lepas telah melancarkan Core Games di PC melalui Epic Games Store, seperti Roblox ia merupakan satu platform yang membolehkan pemain untuk bermain dan mencuba ribuan permainan yang dihasilkan oleh pemain lain, semasa pelancaran ia dikatakan mempunyai lebih 20 ribu permainan.

Dengan nama metamesta kini diterima lebih meluas, berbanding platform permainan video, Core boleh dikenali sebagai platform metamesta, yang juga seperti Roblox. Bersempena dengan ulang tahun pertama untuk platform tersebut, mereka telah mengumumkan yang ia akan tiba di iOS sekitar suku ketiga tahun ini.

Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.

Manticore Games mengatakan yang walaupun platform tersebut akan dilancarkan di iOS akan tetapi permainan-permainan di dalamnya secara sendiri perlu menyokong untuk dimainkan menggunakan telefon pintar, oleh itu boleh dijangkakan ada beberapa permainan yang tidak akan menyokongnya.

Core Games boleh dimuat turun secara percuma melalui Epic Games Store dan akan tiba di iOS tidak lama lagi.

Sohor Kini