Hatten Land iaitu pembangun hartanah dari Singapura telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengubah pusat beli-belah Elements Mall di Melaka menjadi hab esukan dan juga metamesta berskala besar pertama di Asia Tenggara iaitu Element X.

Mereka mengatakan yang Element X akan mempunyai hab pengalaman esukan dengan mempunyai hotel, stadium, kemudahan yang memfokuskan kepada esukan. Selain itu, ia juga akan menjadi tempat untuk metamesta dengan akan mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk mengalami metamesta.

Tambah mereka, perbincangan bersama dengan pihak-pihak esukan serta metamesta sedang berlaku dan pengumuman lanjut akan dilakukan kemudian. Mereka juga menawarkan 121 juta pegangan baharu untuk mendapatakan pelaburan sebanyak S$5 juta.

Sohor Kini