XCOM 2 Dan Insurmountable Adalah Permainan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store menawarkan dua permainan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka, ia adalah XCOM 2 dan juga Insurmountable yang sudah boleh ditebus sehingga 21 April 2022.

XCOM 2 adalah permainan aksi strategi yang dibangunkan oleh Firaxis Games dan sudah dikeluarkan untuk pelbagai platform sejak tahun 2016 lagi. Di dalam permainan ini, pemain perlu membentuk pasukan tentera untuk melawan Alien yang sudah menakluk bumi.

Muat Turun: XCOM 2

Insurmountable adalah permainan roguelike yang memerlukan pemain untuk mendaki gunung-gunung yang berbahaya. Ia dibangunkan oleh ByteRocker serta diterbitkan oleh Daedalic Entertainment dan telah dikeluarkan sejak tahun lepas.

Muat Turun: Insurmountable

Selepas tawaran untuk dua permainan ini berakhir, dua permainan baharu akan ditawarkan iaitu Amnesia: Rebirth dan Riverbond.

Sohor Kini