Seperti yang semua sedia maklum, Doctor Strange in the Multiverse of Madness adalah filem kedua D. Strange dan juga merupakan filem sambungan kepada siri TV WandaVision. Filem ini juga akan memfokuskan sepenuhnya dengan konsep multimesta, yang mana akan melibatkan pelbagai variasi watak sama daripada dunia lain serta mengembalikan beberapa watak legenda.

Filem ini juga diarahkan oleh Sam Raimi, iaitu antara pengarah yang pakar dalam filem seram serta yang bertanggungjawab untuk trilogi Spider-Man Tobey. Filem Doctor Strange 2 juga sudah disahkan akan banyak mempunyai elemen seram, di mana kita boleh lihat dalam treler ada banyak aksi ngeri, darah di mana-mana serta makhluk-makhluk aneh.

Walaupun filem ini banyak adegan seram dan aksi ngeri, ia sudah menerima pengkadaran PG-13 di Amerika Syarikat. Ini bermakna di Malaysia juga jika tiada apa-apa akan kekal dengan P13, penonton bawah 13 tahun perlu ditemani dengan ibu bapa atau yang lebih dewasa.

Dengan itu, sejauh manakah “seram” dan “ngeri” dalam filem ini? Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini pada 4 Mei akan datang, tiket boleh dibeli bermula 20 April akan datang.

Sohor Kini