Aku membesar dengan Mr. Bean. Sejak kanak-kanak lagi aku sudah menonton siri komedi aksi nyata, ikuti filem dan kemudiannya turut menonton animasi-animasi Disney. Watak ini dimainkan oleh Rowan Atkinson, yang juga terlibat dengan filem aksi komedi Johny English.

Pelakon yang memainkan watak dungu ini sebenarnya bijak dengan ijazah kejuruteraan elektrik serta banyak melibatkan diri dalam politik. Beliau yang sudah berusia 67 tahun ini, kini kembali dalam siri komedi baharu Man vs Bee.

Sebuah siri asli Netflix, memainkan watak lucu sebagai penjaga rumah agam. Seperti judul siri TV ini, watak beliau akan berperang dengan lebah di dalam rumah agam ini dan persoalannya siapakah yang akan menang dan berapa banyak harta akan dimusnahkan kerana ‘peperangan’ ini.

Siri ini akan mempunyai 10 episod dan siaran akan bermula pada 24 Jun, eksklusif di Netflix.

Sohor Kini