Vivo Malaysia telah mengumumkan yang mereka akan membawa siri telefon pintar baharu iaitu Vivo T1 Series yang akan tiba tidak lama lagi dan suru mendapat pelepasan daripada SIRIM.

Mereka buat masa ini masih tidak berkongsi secara rasmi dari segi rekaan dan juga spesifikasi tetapi mengatakan yang ia akan tiba dalam dua warna iaitu Turbo Black dan Turbo Cyan.

Bersempena pelancaran ini, Vivo juga mengumumkan kerjasama bersama dengan Razer dan juga PUBG, maklumat lanjut mengenai kerjasama ini akan diumumkan kemudian. Anda boleh mengikuti maklumat lanjut mengenainya di pautan ini.

Sohor Kini