Deep Silver dan Volition telah mengumumkan yang mereka akan melakukan perkongsian terbaru untuk permainan Saints Row, di mana mereka akan kongsi treler baharu, temubual dan perkongsian maklumat tambahan pada 21 April 2022.
Anda boleh mengikuti perkongsian ini pada pukul 3 pagi di Twitch dan juga Youtube rasmi untuk Deep Silver. Perkongsian kali ini akan memfokuskan kepada pelbagai pengubahsuaian yang boleh dilakukan di dalam permainan ini.
Seperti diumumkan sebelum ini, selain mencipta watak sendiri, pemain juga boleh melakukan pelbagai lagi pengubahsuaian seperti barangan kosmetik, rekaan kereta dan juga bagaimana konco-konco anda berpakaian.
Saints Row merupakan olahan semula dan juga permulaan baharu untuk siri ini, ia akan dikeluarkan pada 23 Ogos 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.