Cyberpunk 2077 Telah Terjual 18 Juta Unit Setakat Ini

Cyberpunk 2077 dilancarkan oleh CD Projekt Red dengan jumlah isu yang sangat banyak sekali, daripada masalah grafik, corak permainan dan juga isu-isu yang menyebabkan masalah kepada komputer dan konsol pengguna. Permainan tersebut dilihat sangat teruk sehingga Sony terpaksa membuangnya dari PlayStation Store sementara permainan tersebut diperbaiki.

Permainan tersebut kini telah diperbaiki dan kini juga hadir dengan versi yang dikemaskini untuk konsol Sony PlayStation 5 yang dilancarkan pada bulan Februari yang lalu.

Walaupun Cyberpunk 2077 dilihat sebagai sebuah permainan yang gagal apabila ia dilancarkan, dan untuk sejumlah masa yang lama, syarikat tersebut dilihat mendapat keuntungan bersih sebanyak $48.7 juta.

Terkini, sewaktu pengumuman keuntungan syarikat, CD Projekt mengumumkan bahawa mereka mahu melancarkan kandungan tambahan untuk Cyberpunk 2077 pada tahun hadapan. Butiran mengenai kandungan tambahan ini tidak diketahui, tetapi ia selari dengan matlamat syarikat tersebut untuk memperkenalkan The Witcher 3 untuk konsol generasi baru, yang baru sahaja diumumkan akan ditunda ke tahun hadapan juga.

Laporan keuntungan tersebut juga memperlihatkan bahawa lebih dari 18 juta salinan permainan tersebut telah dijual setakat ini, yang memperlihatkan peningkatan 5 juta unit selepas CD Projekt Red memperlihatkan sejumlah kemaskini besar keatas permainan tersebut.

Sumber: Reuters

Sohor Kini