TGV Cinemas telah mengumumkan kerjasama bersama dengan Falcon Pictures iaitu studio filem dari Indonesia untuk membawa 7 filem yang akan ditayangkan di pawagam sepanjang tahun ini.

Berikut adalah filem-filem yang akan ditayangkan bersama dengan tarikh tayangan;

  • Cinta Subuh – 19 Mei
  • My Sassy Girl – 23 Jun
  • 12 Cerita Glen Anggara – 18 Ogos
  • Miracle in Cell No. 7 – 8 September
  • Hello Ghost – 20 Oktober
  • Jalan Menuju Pulang – 24 November
  • Warkop DKI Kartun – 29 Disember

Tarikh tayangan ini adalah perancangan sahaja dan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut serta pembelian tiket juga akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini