SNK Corporation telah mengumumkan yang Omega Rugal akan menyertai permainan perlawanan terbaru mereka iaitu The King of Fighters XV sebagai watak DLC percuma. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Omega Rugal pertama kali menyertai siri ini ketika The King of Fighters ’95 sebagai watak boss, mungkin berkait dengan perkara tersebut, bersama dengan Omega Rugal, mod baharu juga disertakan iaitu “Boss Challenge”.

Melaluinya pemain boleh bertempur dengan Omega Rugal yang dikawal oleh CPU untuk mendapatkan kostum, peringkat dan juga muzik.

The King of Fighters XV sebelum ini diumumkan akan menerima 12 watak DLC tahun ini, dengan tiga watak sudah tiba pada bulan Mac lepas iaitu Rock Howard, B. Jenet dan Gato.

The King of Fighter XV akan dilancarkan pada 17 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan The King of Fighters XV – Mudah Untuk Belajar, Sukar Untuk Mahir.

Sohor Kini