Bandai Namco telah mengumumkan yang permainan kad fizikal berdasarkan siri One Piece akan dilancarkan di Jepun pada tahun ini, dan akan tiba secara global pada tahun 2023.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Mereka juga mengatakan yang karya-karya di kad akan diambil daripada pelbagai adegan daripada manga. Apabila dilancarkan, mereka akan menawarkan 4 starter deck iaitu Straw Hat Crew, Worst Generation, The Seven Warlods of the Sea dan Animal Kingdom Pirate.

Bandai Namco sebelum ini turut mengumumkan permainan RPG babaru berdasarkan siri ini iaitu One Piece Odyssey yang akan dikeluarkan pada tahun ini untuk PlayStation, Xbox dan PC.

Sohor Kini