Bandai Namco telah mengumumkan yang Scarlet Nexus kini mempunyai 2 juta pemain sejak dilancarkan pada tahun 2021. Jumlah ini termasuk juga pemain yang mencubanya melalui Xbox dan PC Game Pass di mana ia memasuki perkhidmatan tersebut beberapa bulan selepas dilancarkan.

Scarlet Nexus adalah satu permainan yang sangat baik, bahkan melalui ulasan kami, ia boleh dikatakan sebagai satu kejutan oleh Bandai Namco. Anda boleh baca ulasan penuh di pautan ini; Ulasan Scarlet Nexus – Satu Kejutan Oleh Bandai Namco.

Scarlet Nexus sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini