CD Projekt Red telah mengumumkan yang pembangunan untuk The Witcher bagi konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series akan dibangunkan oleh mereka sendiri berbanding dibangunkan oleh Saber Interactive sebelum ini.

Oleh kerana perkara tersebut akan memerlukan penilaian lanjut, mereka telah menunda pelancaran daripada suku kedua tahun ini, ke satu tarikh yang tidak diumumkan lagi.

The Witcher 3 generasi baharu sebelum ini diumumkan akan diberikan secara percuma kepada pemain yang memilikinya di mana-mana platform iaitu PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Ia juga boleh dibeli secara berasingan.

CDPR sebelum ini juga telah mengesahkan yang The Witcher akan menerima permainan baharu akan tetapi tidak semestinya The Witcher 4 dan ia mungkin satu penceritaan baharu.

The Witcher 3: Wild Hunt sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Buat masa ini, ia boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini