Penambahan baharu untuk Magic: The Gathering akan dikeluarkan secara rasmi pada 29 April ini, dan ia akan menyertakan beberapa mekanik baharu seperti Shield Counters, Connive dan Blitz selain juga membawa kembali shard-colored.

Anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini; Penambahan Baharu Magic: The Gathering Mengambil Inspirasi Daripada Filem Gangster, Streets of New Copenna – Tiba 29 April 2022.

Wizards of the Coast masih lagi memperlihatkan kad-kad baharu yang akan tiba secara berperingkat, dan hari ini kami diberi peluang untuk memperlihatkan salah satu kad daripadanya iaitu Deal Gone Bad. Ia adalah kad Common berwarna biru (karya oleh Mathias Kollros)

Ia adalah kad spell Instant yang akan mengurangkan serangan dan juga pertahanan sebanyak -3/-3 kepada kad yang disasarkan sehingga akhir pusingan. Pemain yang disasarkan juga perlu membuang tiga kad teratas.

Ia adalah satu kad pertahanan yang baik dan sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa, untuk membunuh mana-mana kad ataupun menghalang daripada mana-mana kad dibunuh. Pembuangan tiga kad juga berguna untuk keadaan-keadaan yang tertentu.

Selain daripada kami, pelbagai media lain juga berkongsi kad-kad baharu yang akan tiba dan anda boleh melihatnya di pautan ini untuk kad-kad yang sudah dikongsi.

Sohor Kini