13 Sentinels: Aegis Rim Dilancarkan Untuk Nintendo Switch

Atlus akhirnya melancarkan 13 Setinels: Aegis Rim untuk Nintendo Switch seperti yang diumumkan pada tahun lepas. Bersama dengan pelancaran ini, mereka juga berkongsi treler baharu yang berkongsi lanjut mengenai antara watak di dalam permainan ini.

13 Sentinels: Aegis Rim dibangunkan oleh Vanillaware merupakan permainan pengembaraan yang menggabungkan konsep permainan novel visual bersama dengan aksi serta pertempuran yang memerlukan strategi. Ketika The Game Awards 2020, ia telah tercalon untuk anugerah Naratif Permainan Terbaik.

Ia juga sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada tahun 2019.

Sohor Kini