Vicarious Visions merupakan studio yang telah ditubuhkan sejak tahun 1991, pada tahun 2005 mereka telah diambil alih oleh Activision dan menjadi studio sokongan. Mereka telah membangunkan pelbagai permainan dan terbaru adalah Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2.
Pada tahun 2021, Activision Blizzard telah mengumumkan yang studio tersebut akan menyertai Blizzard untuk membangunkan Diablo II: Resurrected, namun mereka masih membawa nama sendiri. Melalui perkongsian di Twitter, Vicarious Vision telah mengumumkan yang mereka sepenuhnya diserap masuk ke dalam Blizzard dan dikenali sebagai Blizzard Albany.
Diablo II: Resurrected sudah dikeluarkan pada tahun lepas, dan tidak disahkan lagi mereka kini sedang membangunkan permainan apa, tetapi berkemungkinan besar akan terlibat dengan pelbagai permainan Blizzard seperti Diablo IV, Overwatch 2 yang masih di dalam pembangunan.