Young Horses telah mengumumkan yang Bugsnax iaitu permainan pengembaraan yang telah dikeluarkan sejak tahun 2020 untu PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC akan turut dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Swtich pada 28 April.

Ia juga akan dikeluarkan di lebih banyak platform di PC termasuk juga Steam dan Windows Store selepas dilancarkan di Epic Games Store sahaja sebelum ini dan akan disertakan di dalam Xbox Game Pass dan PC Game Pass pada hari pelancaran.

Di dalam Bugsnax pemain akan menjadio seorang pemberita yang sedang mencari Elizabert Megafig di Snaktooth Island. Untuk mencari Megafig, pemain perlu menangkap pelbagai jenis Bugsnax iaitu binatang yang boleh berubah bentuk mengikut apa yang dimakannya.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga mengumumkan penambahan kandungan baharu iaitu The Isle of Bigsnax yang akan ditawarkan secara percuma kepada semua pemain.

Sohor Kini