Wizards of the Coast telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad Magic: The Gathering adalah Streets of New Capenna yang membawa tema filem-filem gangster pada awal kurun ke-20, penambahan ini akan dikeluarkan pada 29 April 2022 dan akan mempunyai 281 kad kesemuanya.

Streets of New Capenna akan membawa pemain ke Art Deco Noir iaitu satu kawasan di bandar New Capenna. Bandar ini dibina oleh angel akan tetapi telah diketuai oleh lima keluarga jenayah demon.

Melalui penambahan ini, kad jenis ‘shard-colored’ akan kembali buat pertama kali sejak Alara Block dengan ia dibahagikan kepada lima keluarga jenayah dan setiapnya akan mempunyai cara permainan tersendiri iaitu seperti berikut;

  • Brokers – memfokuskan kepada pertahanan dan mengawal board, mekanik yang diperkenalkan adalah Shield Counters, di mana jika sesuatu kad yang mempunyai shield counter dibunuh menggunakan effect, hanya shield sahaja yang terjejas begitu juga jika diserang.
  • Obscura – memfokuskan kepada mendapatkan kad dan mengawal board, mekanik yang diperkenalkan adalah Connive, apabila pemain melakukan sesuatu yang tertulis di kad yang mempunyai mekanik ini, kad tersebut akan menjadi ‘connived’ iaitu pemain akan mendapat satu kad dan perlu membuang satu kad, jika kad yang dibuang bukan Land, pemain akan mendapat +1/+1 counter.
  • Maestros – memfokuskan kepada mengorbankan dan juga membuang kad, mekanik yang diperkenalkan adalah Casualty iaitu pemain boleh mengorbankan kad yang mempunyai kuasa seperti yang tertulis di kad untuk mendapat salinan kepada kad tersebut.
  • Riveteers – memfokuskan kepada serangan cepat (aggro) dan juga membunuh kad-kad berkuasa besar. Mekanik yang dipekenalkan adalah Blitz. Dengan menggunakan lebih Land daripada biasa, Blitz akan berlaku di mana ia akan menerima Haste dan apabila ia mati, pemain akan mendapat kad, jika tidak ia akan mati secara sendiri di pusingan seterusnya.
  • Cabaretti – sinergi di antara kad dan juga melakukan serangan dengan jumlah kad yang banyak. Mekanik yang digunakan adalah Alliance, kad yang mempunyai mekanik ini akan mendapat kelebihan tertentu apabila kad baharu dimainkan.

Antara mekanik yang akan kembali di dalam penambahan ini adalah Cycling dan juga Hideaway, dan kad lama yang disertakan semula adalah Faerie Vandal, Myrder, Suspicious Bookcase dan Tavern Swindler. Kad-kad untuk Streets of New Capenna sedang dikongsi dari semasa ke semasa dan anda boleh melihatnya di pautan ini untuk kad-kad yang sudah dikongsi.

Sohor Kini