Di China, setiap permainan video yang ingin dipasarkan tidak kira untuk permainan peranti pintar, konsol ataupun PC mesti mendapat pengesahan ataupun lesen yang digelar sebagai ISBNs daripada National Press and Publication Association (NPPA).

Pada bulan September tahun lepas, kami sudah melaporkan yang China telah memperlahankan proses tersebut dengan kali terakhir senarai untuk permainan yang menerima ISBNs dikeluarkan pada 22 Julai 2021 untuk permainan oleh pembangun tempatan dan 28 Jun 2021 untuk permainan dari luar negara.

Pada 11 April lepas, NPPA telah mengeluarkan satu senarai baharu menamatkan penantian lebih 8 bulan, dengan memberi ISBNs kepada 45 permainan yang dibangunkan oleh pembangun tempatan. Daripada jumlah tersebut, 39 adalah permainan peranti pintar, 5 permainan PC, dan 1 permainan Nintendo Switch.

Menurut Niko Partners, jumlah permainan yang diumumkan adalah lebih rendah berbanding sebelum ini, oleh itu mereka menjangkakan akan ada senarai kedua akan dikeluarkan tidak lama lagi. Manakala bagi pemain dari pembangun luar negara, mereka menjangkakan senarai akan dikeluarkan dalam masa 3 bulan lagi.

Sohor Kini