505 Games dan Rabbit & Bear Studios telah mengumumkan yang permainan Eiyuden Chronicle: Rising akan dikeluarkan pada 11 Mei 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Eiyuden Chronicle: Rising merupakan permainan aksi pengembaraan yang menyertakan elemen pembangunan bandar. Ia juga adalah permainan sampingan yang menjadi pengenalan kepada Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes iaitu permainan JRPG oleh bekas-bekas pembangun Suikoden.

Pemain yang bermain Rising juga akan menerima pelbagai kandungan bonus di dalam Hundred Heroes apabila ia dikeluarkan sekitar tahun 2023 kelak.

Sohor Kini