iQiyi adalah platform penstriman video yang penuh dengan kandungan siri anime, Korea, China, Indonesia dan pelbagai lagi. Ia cukup popular di Malaysia kerana jumlah kandungan yang agak banyak dan turut mempunyai kandungan terbitan tempatan.

Dukacita dimaklumkan yang iQiyi telah menaikkan harga langganan mereka menjadi lebih tinggi daripada biasa. Langganan bulanan pelan Standard kini berharga RM11.90, manakala pelan Premium RM17.90. Berbanding sebelum ini yang bermula dari RM8.90.

Pelan Standard menawarkan akses kepada dua peranti, penstriman Blu-Ray 1080p, akses tontonan awal dan kemampuan memuat turun untuk tontonan luar talian. Pelan Premium pula lebih kurang sama tetapi dengan akses kepada empat peranti.

Walau bagaimanapun, iQiyi menawarkan promosi langganan pada RM4.90 untuk sebulan yang pertama jika melanggan mana-mana pelan bulanan tadi.

Sumber: Amanz

Sohor Kini