Tiket Doctor Strange 2 Boleh Dibeli Bermula 20 April Ini

Filem MCU yang dinanti-nantikan selepas Spider-Man: No Way Home adalah Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Filem ini akan bermain dengan konsep multimesta secara lebih mendalam.

Filem ini juga merupakan kesinambungan kepada WandaVision, di mana Wanda yang kini digelar Scarlett Witch mencari anak kembar sambil merujuk kitab Darkhold. Doctor Strange juga akan bersama America Chavez, dan mungkin akan dibantu oleh Illuminati yang dilihat diketuai oleh Professor X lakonan Patrick Stewart.

Pelbagai watak lain akan muncul dalam ini, dijangka lebih banyak watak legasi/legenda berserta watak sama variasi lain akan muncul.

Filem ini akan ditayangkan pada 4 Mei 2022, iaiti Hari Raya ke-2. TGV mengumumkan sebentar tadi, tiket boleh dibeli bermula 20 April akan datang. Jika anda ingin tonton awal, ayuh sama-sama kita menyambut Syawal kedua di pawagam nanti.

Sohor Kini