For All Mankind adalah antara siri TV underrated di Apple TV+. Ia adalah sebuah siri TV menarik mengenai dunia alternatif di mana Kesatuan Soviet memenangi perang angkasa lepas. Mungkin ramai tidak menggemarinya kerana tidak faham akan sejarah sebenar yang tidak dinafikan sedikit mengelirukan.
Namun, siri ini masih menerima sambutan yang baik dan sudah pun mempunyai dua musim. Atas sambutan baik ini, Apple dilihat amat yakin dengan siri ini dan kini telah mengumumkan kesinambungan siri ini untuk musim ketiga.
Kali ini ia akan membawa penonton ke dekad baharu iaitu pada awal tahun 90-an memfokuskan mengenai planet Marikh. Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet Rusia merebut, tetapi ada musuh baharu.
Pelakon Joel Kinnaman, Shantel VanSanten, Jodi Balfour, Sonya Walger, Krys Marshall, Cynthy Wu, Casey Johnson, Coral Peña dan Wrenn Schmidt akan kembali. Menyertai mereka adalah pelakon baharu untuk siri ini, Edi Gathegi yang akan memainkan watak ‘Dev Ayesa.
For All Mankind musim ketiga akan disiarkan di Apple TV+ bermula pada 10 Jun akan datang.
Baca pendapat ringkas editor kami di sini: Apa Kami Tonton Minggu Ini? #4– For All Mankind, Rurouni Kenshin, Startup