Bagi yang mengikuti Netflix sejak awal lagi, jika anda suka atau tidak suka untuk sesuatu kandungan – pengguna perlu memberikan bintang sebagai maklum balas. Ini kemudian di ubah dengan ikon ibu jari suka atau tidak suka.

Terkini Netflix mengemaskini lagi cara untuk pengguna memberi maklum balas untuk kandungan di platform mereka. Pengguna kini ada tiga pilihan iaitu satu ibu jari ke bawah untuk tidak suka, satu ibu jari ke atas untuk suka dan dua ibu jari ke atas untuk gila suka.

Netflix menggelar ikon ini sebagai Double Thumbs Up. Ikon ini adalah untuk pengguna memberi maklum balas mereka benar-benarkan sukakan sesuatu kandungan. Dengan ini, Netflix boleh memberi cadangan kandungan yang lebih baik untuk pengguna dan tidak terhad lagi seperti sebelum ini.

Contoh yang Netflix berikan adalah jika anda sukakan Red Notice dan 6 Underground, anda mungkin akan melihat cadangan kandungan yang ada Ryan Reynolds lebih banyak daripada biasa.

Nampaknya kini Netflix hanya perlu menawarkan Double Thumbs Down jika pengguna tidak sukakan sesuatu, kerana tidak semua berkualiti di Netflix ini.

Sohor Kini