Akaun Twitter yang memfokuskan kepada berita-berita terkini mengenai manga telah berkongsi yang penerbitan Kurage Bunch akan hadir dengan siri manga berdasarkan permainan oleh Ubisoft iaitu Watch Dogs: Tokyo, ia dikatakan akan tiba bermula pada 12 April 2022.

Menurut sinopsis yang dikongsi, ia akan memfokuskan kepada sistem yang dihasilkan oleh Bloom cawangan Jepun digunakan oleh Kerajaan Tokyo yang didapati mempunyai keburukannya tersendiri. Ia adalah satu konsep yang sama dengan penceritaan-penceritaan Watch Dogs sebelum ini.

Permainan terbaru untuk siri ini iaitu Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC, ia sebelum ini diumumkan tidak lagi akan menerima kandungan baharu. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini