Pada tahun 2019, Disney telah mengumumkan pelbagai kandungan yang sedang dibangunkan oleh studio-studio mereka dan di antaranya adalah Nimona iaitu siri animasi berdasarkan novel grafik oleh ND Stevenson.

Pada waktu itu, ia dibangunkan oleh Blue Sky Animation, dan selepas Disney menutup studio tersebut pada tahun 2021, mengatakan pandemik covid-19 sebagai punca, projek filem animasi ini juga telah terkubur.

Minggu ini, ND Stevenson telah mengumumkan yang Annapurna Interactive dan Netflix akan hadir dengan filem tersebut adakan akan disiarkan pada tahun 2023. Pada waktu sama, Netflix juga telah mengumumkan yang Nick Bruno dan Troy Quane sebagai pengarah.

Bagi senarai pelakon pula, Chloe Moretz diumumkan sebagai Nimona, Riz Ahmed sebagai Ballister Boldheart dan Eugene Lee Yang sebagai Ambrosisu Goldenloin. Ia akan dibangunkan oleh DNEG Animation.

Filem Nimona adalah mengenai seorang kesatria yang telah dituduh melakukan jenayah, dan seorang yang dapat membantu dirinya adalah Nimona iaitu seorang remaja yang boleh berubah bentuk, ia juga adalah satu makhluk yang kesatria sepatutnya bunuh.

Sohor Kini