Pada awal tahun ini, Disney+ telah mengumumkan secara rasmi yang mereka akan hadir dengan siri TV aksi nyata berdasarkan siri novel popular Percy Jackson & the Olympians, pada waktu itu diumumkan yang ia akan tiba sekitar tahun 2023 dengan James Bobin akan arah episod pertama.

Terbaru, Rick Riordan iaitu penulis untuk siri novel ini telah berkongsi di blog rasmi beliau mengumumkan yang Walker Scobell iaitu pelakon Adam versi kanak-kanak di dalam The Adam Project sebagai Percy di dalam siri TV ini.

Berbeza dengan filem, yang juga menjadi kritikan sebelum ini, Percy di dalam siri TV berusia 12 tahun seperti di dalam buku. Di dalam filem, Percy berumur 16 tahun untuk menjadikan ia satu filem remaja berbanding kanak-kanak.

Selain perbezaan tersebut, siri kali ini juga akan melibatkan Rick Riordan dengan lebih mendalam, menjaminkan ia adalah satu penceritaan yang mengikut penceritaan sumber.

Sohor Kini