The Batman Akan Disiarkan Di HBO Go Bermula Minggu Depan

The Batman adalah percubaan seterusnya oleh Warner Bros dan DC untuk menghasilkan satu lagi filem baharu berdasarkan adiwira tersebut, dan boleh di katakan percubaan kali ini lebih berjaya berbanding dengan lepas.

Ia bukan sahaja menerima ulasan yang baik, termasuk juga dari kami di mana anda boleh baca melalui pautan ini; Ulasan The Batman – Filem Terbaik Selepas The Dark Knight dan juga berjaya mendapat kutipan yang sangat baik.

Jika anda tidak berkesempatan untuk menontonnya sebelum ini, ataupun ingin tonton sekali lagi, HBO Go hadir dengan berita baik apabila mengumumkan yang The Batman akan distrim melalui HBO Go bermula pada 18 April ini.

Ia adalah satu tempoh yang pendek berbanding ditayangkan dan untuk ia tiba di perkhidmatan penstriman tetapi merupakan perancangan oleh Warner Bros dari awal lagi, untuk mempertingkatkan langganan bagi perkhidmatan penstriman mereka.

Sohor Kini