Di Malaysia, kita sudah ada banyak platform penstriman video. Tetapi banyak yang kita boleh langgan datang daripada barat dengan kandungan yang berlandaskan apa negara-negara sana benarkan. Platform penstriman yang islamik, yang menawakan kandungan spesifik untuk muslim tidak ada banyak. Setakat ini hanyalah Nurflix dan Durioo+ untuk kanak-kanak.

Ini akan berubah kerana datangnya Alchemiya di Malaysia. Sebuah platform penstriman video yang mana kandungan-kandungannya semuanya bertemakan islam untuk penonton muslim. Antara kandungan yang ditawarkan adalah filem-filem seperti The Present, Yunus Emre The Voice of Love, Born a King, filem animasi Bilal a New Breed of Hero, Siri animasi Aya & Yusuf, siri animasi dan banyak lagi. Kandungan untuk mempelajari solat, Al-quran dan yang bertemakan Ramadan juga ada.

Alchemiya ditawarkan untuk distrim melalui web, iOS dan iPadOS, Android dan Android TV, Roku serta Fire TV. Harga langganan adalah RM12.90 sebulan atau RM129 setahun. Manakala pengguna Celcom, anda boleh dapatkan langganan ini pada harga RM9 sebulan.

Sumber: Amanz

Sohor Kini